APA YANG KAMI TAWARKAN (KEMUDAHAN, APLIKASI DAN SISTEM)

Untuk menyediakan sistem letak kereta elektronik yang bertaraf dunia, kemudahan yang canggih serta perkhidmatan yang terbaik adalah satu kemestian.

Di bahu jalan, kami menyediakan terminal letak kereta elektonik model CALE CWT. Pembayaran secara tunai syiling dan TOUCH ‘N GO boleh dibuat di terminal.

Untuk fleksibiliti pembayaran, kami menawarkan kepada anda cara yang lebih mudah untuk membuat pembayaran letak kereta dengan menggunakan aplikasi Telefon Pintar. Bayar caj letak kereta anda dengan mudah di mana sahaja anda berada tanpa perlu pergi ke terminal.

Kepada mereka yang perlu menggunakan petak letak kereta untuk jangka masa panjang, kami menawarkan Pas Bulanan Digital dan Petak Khas yang terhad untuk kesemua lokasi di MPKB-BRI dengan memohon secara on-line. Dengan ini anda boleh meletak kenderaan anda di MPKB-BRI tanpa perlu risau disaman.

Kepelbagaian kemudahan yang kami tawarkan ini adalah yang menyeluruh, tercanggih, dan terbaik yang pertama di dunia.

TERMINAL CALE CWT
PEMBAYARAN TELEFON
PAS BULANAN & PETA KHAS